Saturday, August 7, 2010

PUASA-RAHSIA DAN SYARAT BATINYA

Ketahuilah bahawa puasa ada tiga tingkatan.Puasa orang awam,puasa orang khusus dan puasa orang yang lebih khusus.Puasa orang awam ialah menahan penahan perut dan kemaluan dari mengikut syahwat manakala puasa orang khusus ialah menahan pendengaran,penglihatan,lisan,tangan,kaki dan semua anggota badan dari berbagai dosa sedangkan puasa orang yang lebih khusus ialah puasa hati dari berbagai keinginan yang selain dari Allah dan hari akhirat.Fikiran dan tumpuan penuh kepada Allah dan berpaling dari yang selainNya.Firman Allah s.w.t bermaksud:"Katakanlah,"Allah,"kemudian biarkanlah mereka bermain main dalam kesesatanya."(al-An'am 91)
      Adapun puasa orang khusus ialah puasa orang orang shaleh  iaitu menahan anggota badan dari berbagai dosa.Sedangkan untuk kesempurnaanya dengan enam perkara.
       Pertama:Menundukan pandangan dan menahanya dari berkeliaran memandang kesetiap hal yang dicela dan dibenci  yang menyebabkan hati menjadi sibuk dan lalai dari mengingati Allah.Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud"Pandangan adalah salah satu anak panah beracun diantara anak panah iblis-semoga Allah melaknatinya.Barangsiapa meninggalkanya kerana takut kepada Allah maka ia telah diberi Allah keimanan yang mendapatkan kelazatanya dalam hatinya.Diriwayat oleh al-Hakim).
     Perkara kedua akan disambung...

No comments: