Puasa adalah salah satu dari sarana dalam penyucian jiwa kerana antara sahwat besar yg menyebabkan manusia sesat dan rosak adalah yang berhubung dengan sahwat perut dan sahwat kemaluan.Sedangkan puasa mengajar jiwa manusia untuk mengendalikan dua sahwat ini.Jika ketakwaan yang tinggi ada dalam jiwa seseorang itu maka puasa akan menjadikan suatu sarana dalam membiasakan diri untuk bersabar.Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Puasa adalah separuh kesabaran."(Diriwayat oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)
Allah telah menjadikan puasa sebagai suatu sarana untuk mencapai darjat taqwa dengan firmanNya "Wahai orang orang yang beriman, telah diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang orang sebelum kamu,agar supaya kamu bertaqwa"(al-Baqarah 183)
Jadi taqwa adalah tuntutan Allah kepada semua hambaNya.Taqwa adalah penyucian terhadap jiwa.
Firman Allah:"Dan jiwa serta penyempurnaanya(ciptaanya),maka Allah mengilhamkan jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.(asy-Syams 7-10).
Puasa ada yang sunat ada yang wajib, hukum, pegertian puasa, syarat wajib puasa, syarat sah puasa serta sunat puasa dan makruh dan yang membatalkan puasa sepatutnya telah diketahui oleh semua orang Islam.Jadi posting seterusnya kami cuba mengupas berhubung dengan Rahsia puasa dan Syarat syarat batinnya... bersambung.
No comments:
Post a Comment