Monday, August 9, 2010

PUASA-RAHSIA DAN SYARAT BATINYA 4

Kelima:Tidak memperbanyakan makan pada waktu berbuka sampai terlalu kenyang.Seperti diketahui bahawa tujuan puasa ialah untuk pengosongan perut dan menunduk hawa nafsu bagi memperkuat jiwa untuk mencapai darjat taqwa.Keperluan dan rahsia puasa ialah melemahkan berbagai kekuatan yang menjadi media/sarana untuk syaitan yang mengarah kepada melakukan dosa.Tapi hal ini tidak akan tercapai jika perut sentiasa kekenyangan dan banyak tidur waktu siangnya.Tujuan berpuasa juga untuk merasakan lapar dan dahaga dan merasakan lemahnya diri sehingga hati menjadi lembut/jernih dan berusaha pada malamnya melakukan tahajjud dan membaca wirid/alQur'an supaya boleh mendapat rahsia rahsia dari langit.Lailatul qadar adalah malam tersingkapnya sesuatu dari alam ghaib yang di maksudkan oleh firman Allah:"Sesungguhnya Kami menurunkanya pada malam kemuliaan."(al-Qadar 1).Barang siapa yang meletakan kerangjang makanan di antara hati dan dadanya maka ia akan terhalang dari malam kemuliaan tersebut.Barangsiapa mengosongkan perutnya sama sekali maka hal itu tidak akan cukup untuk mengangkat hijab selagi keinginanya tidak terbebas dari selain Allah.Itulah inti segala permasalahanya.Sedangkan prinsip semua itu adalah mempersedikitkan makanan.

No comments: