Ketiga-Menahan pendengaran dari mendengar setiap perkara yang dibenci iaitu yang makruh kerana yang yang diharamkan perkataan pasti diharamkan mendengarnya.Allah menyamakan antara orang yang mendengarkan dengan orang yang memakan barang haram dengan firmaNya"Mereka itu adalah orang orang yang suka mendengar berita bohong,banyak memakan yang haram"(al-Ma'dah 42).
Firman Allah lagi:"Mengapa orang orang alim mereka,pendeta pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? (al-Ma'dah 63). Jadi mendiamkan ghibah adalah haram.
Keempat- Menahan berbagai angota badan lainya dari berbagai maksiat dan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari hal hal yang dibenci oleh agama dan menahan perut dari berbagai syubahat pada waktu tidak berpuasa.Tidak ada ertinya berpuasa menahan diri dari makanan yang halal kemudian berbuka puasa dengan barang yang haram.Orang yang berpuasa seperti ini laksana orang yang membina istana tapi dalam waktu yang sama menghancurkan negeri kerana makanan yang halal itu hanya merbahaya bila dimakan terlalu banyak bukan kerana jenisnya puasa hanya untuk menguranginya.Ibarat orang yang berhenti makan ubat kerana takut akan bahayanya kemudian beralih kepada memakan racun.Barang yang haram adalah racun yang merosakan ugama sedangkan ubat yang dimakan dengan sedikit akan memberi manafaat tapi akan merbahaya bila dimakan dengan banyak.Tujuan puasa adalah mengurangi makanan yang halal.
Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapat apa apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga (Riwayat Nasa'i dan Ibnu Majah)
Keterangan hadis kerana ia berbuka puasa dengan makanan yang haram dan juga dikatakan ia menahan diri dari makanan yang halal tapi berbuka dengan "memakan daging manusia" iaitu suka mengumpat.
No comments:
Post a Comment