Thursday, August 12, 2010

PUASA- KELEBIHAN RAMADHAN

Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud: "Bulan Ramadhan kebulan Ramadhan, dan hari Jumaat kehari Jumaat dan satu sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa diantara keduanya selama dijauhi segala dosa besar.
Hatta hanya bulan Ramadhan yang Allah sebut dalam al-Qur'an tidak bulan selainya.
Sabda Rasulallah s.a.w  lagi mengenai bulan Ramadhan yang bermaksud: "Bulan Ramadhan itu ialah kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga.
SabdaNya lagi yang bermaksud:"Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, pertengahanya pengampunan dan akhirnya merdeka dari api neraka.
Sesungguhnya Allah s.w.t kerap memerhatikan kaum muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan.Sesiapa yang mendapat perhatian Allah s.w.t nescaya tidak disiksaNya dan seterusnya dia mengampunkan mereka dimalam akhir pada bulan Ramadhan.
Berkata Jibril alaihissalam kepada Nabi s.a.w:"Sesiapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tidak mendapat mengampunan dari Allah s.w.t nescaya ia akan dijauhi Allah akan rahmatNya.Katakan Amin maka Rasulallah s.a.w berkata aminn.
Sebab begitu ialah pada bulan Ramadhan lebih mudah mencetuskan sebab sebab mendapat pengampunan dari bulan bulan yang lain.Tiada seorang pun yang diharamkan untuk mendapat keampunan pada bulan ini melainkan ia terlalu banyak memalingkan diri dari Allah, dan sangat penentanganya, maka sebab itulah ia telah dijauhkan  dan diusir dari pintu Allah.
Ada satu riwayat menyebut bahawa semua pintu langit dan pintu Syurga dibuka pada setiap bulan Ramadhan, manakala pintu pintu neraka pula ditutup.Semua iblis dan syaitan dirantai, kemudian diseret untuk dilempar kedalam laut, supaya mereka tidak boleh mengacau kaum muslimin dan merusakan puasa dan bangun malam mereka.Pada setiap malam pula ada suatu suara menyeru"siapa yang mahu kebajikan, mari! dan siapa mahu kejahatan berambuslah!
Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud"Siapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan  tulus ikhlas, nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

No comments: