Friday, August 20, 2010

Mulberry

Hari nie masuk hari ke 10 Ramadhan, maka selesai fasa sepuluh hari pertama dan masuk ke sepuluh hari kedua.Disini kalau tidak ada tazkirah maka solat sunat tarawih dilakukan dua puluh ruka'at dan jika ada tazkirah Ramadhan maka dilakukan lapan roka'at saja.Setiap pagi  selepas solat subuh akan diadakan taalim ia itu membaca hadith hadith yang bersangkut dengan puasa/Ramadhan.Pada hari cuti umum akan diadakan kuliah subuh.Sungguh seronok berpuasa dan beribadat dibulan Ramadhan ini jika ada kekuatan dan menanamkan kebesaran Allah dalam hati.Waktu siang hari bekerja seperti biasa dan waktu malam di isi dengan keperbagaian ibadah dan majlis ilmu.Cuaca belah utara ini tak berapa panas  maka menjalankan ibadah puasa taklah meletihkan dan perlu diingat dalam fasa sepuluh hari kedua nanti terdapat hari  turunya al-Qur'an iaitu pada tujuh belas Ramadhan.Khutbah jumaat pun nanti akan menekankan topik ini.Semoga semua umat islam dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kekuatan dan kesabaran.Jangan mencari seribu satu helah untuk tidak membanyakan ibadah dan sesekali jangan kaitkan dengan Rasulallah s.a.w diatas ketidakada kekuatan untuk melakukan ibadah.Banyakanlah bermuhasabah diri moga moga Allah memberi kekuatan untuk kita menjalankan ibadah ini.Satu persoalan yang mengherankan ialah ramai orang yang mempunyai kekuatan untuk berpuasa tapi tidak ada kekuatan untuk mendirikan solat lima waktu.Munkin ada kaitan dengan kurangnya ilmu atau kurang keikhlasan dalam beribadat.

No comments: