Assalamualaikum !
Alhamdulillah, malam ini pas bandar laguna akan menganjurkan satu ceramah perdana, yang akan menjadi pemidatonya adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Dato Seri Nizar.Program ini dilansungkan bukan pada musim pilihanraya dan penganjurnya adalah pas bandar laguna merbuk.
Apa yang saya nak cuba perkatakan disini bukan pasal ceramah perdana tersebut tapi pasal menjemput Tok Guru menyampaikan kuliah subuh di surau.Seperti yang saudara sedia
maklum kebanyakan pegawai pegawai atau ahli jawatankuasa surau adalah dari penjawat awam yang akan berada dalam keadaan serba salah.Disinilah apa yang saya maksudkan dengan kebijaksanaan kerana saya rasa saudara saudara pun tahu dibandar laguna ini juga terdapat spy yang sedang memerhatikan suasana dan saudara yang berada dibandar laguna ini juga mesti tidak mau kehilangan tokoh yang berwibawa yang boleh membimbing saudara.Tapi Alhamdulillah Tok Guru sebagai orang yang berilmu, bijak bertindak dan Allah mengtakdirkan kuliah subuh tak jadi, tapi kesanya tetap ada.
Saya harap dimasa akan datang saudara lebih berhati hati untuk menjaga hati dan perasaan saudara saudara kita dari pegawai kerajaan walaupun mereka ini adalah penyokong saudara.
Ceramah perdana ini pada pandangan saya tidak mengapa kerana ia ditaja oleh pas dan diadakan ditempat umum.Tapi jika saudara rasa pendekatan ini dapat pengepaskan penduduk laguna saya rasa kesanya tidak banyak tapi kalau untuk mengumpul dana ia adalah baik walaupun terpaksa menyebabkan rakan saudara ada yang berasa tidak selesa sedikit.
Cuba kita fikirkan tentang perjanjian hudaibiah maka kebijaksaan itu penting walaupun nampak kita mengalah.
fikir fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment