Saturday, May 29, 2010

Erti Kehidupan.

Bagaimana cara untuk kita mengetahuinya, tidak lain tidak bukan mesti dari yang menciptakan kehidupan ini ia itu Allah melalui kallamNya AlQur'an.Jika selain dari yang menciptakan kehidupan maka itu hanya andaian atau tekaan semata.Ada banyak perkataan atau sebutan yang Allah gunakan seperti permainan,senda gurau,perhiasan dan sebagainya.Apa yang ingin saya perkatakan ialah kehidupn didunia ini adalah tempat manusia menerima ujian dari Allah dalam berbagai bentuk samada berupa ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,sakit, dan  Dia memberi khabar gembira kepada orang yang sabar.Ujian ini boleh datang pada bila bila masa saja, tanpa kita ketahui bentuk dan waktu kedatanganya serta besar atau kecil ujian itu.
Masaalahnya bukanlah bila atau apa ujian itu tapi adakah kita sedia menghadapinya.Setiap hari masaalah kehidupan menghampiri kita dan mengisi masa masa kita .Kita tidak boleh mengelak dan perlu menghadapinya kerana ini sebahagian penting dari kehidupan kita kerana ujian ini menjadikan kita lebih kuat dan boleh menyedarkan kita dari kesilapan.Kita tidak perlu lari dari ujian ini kerana ujian ini adalah kehidupan, tapi kita perlu mengambil mengajaran dari ujian ini.Satu perkara penting yang mesti ketahui ujian ini tidak saja datang dalam bentuk dugaan tapi ia juga datang dalam bentuk nikmat dan kesenangan,pangkat dan anak anak.

Firman Allah  : "Dan ketahuilah,bahawa hartamu dan anak anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya  di sisi Allahlah pahala yang besar'' [an-Anfaal:28]

                     :"Bermegah-megah telah melalaikan kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur"
                       [at-Takaatsur:1-2]

Setengah kita ujian kesenangan dan kuasa memberi impak yang lebih besar dari ujian dengan musibah.Kita sering ingat kepada Allah bila menerima musibah.Kita ada masa untuk pergi ke mesjid bila ditimpa kesusahan tapi kita sering lupa diri ketika beroleh kesenangan dan kuasa.

Firman Allah:"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku.Sesungguhnya itu adalah ujian, tapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui."[az-Zumar:49]

No comments: