Selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin pada semua
semakin
lama manusia hidup semakin banyak nikmat yang dia kecapi, semakin
banyak soalan tuhan yang dia akan terima pada hari kiamat. Setiap sen ,
setiap detik, setiap nafas dan setiap nikmat akan ditanya. Itulah yang
tuhan maha agong firmankan dalam Quran yang agong dalam ayat yang
terakhir surah at-Takathur:
" Kamu pasti akan ditanya pada hari kiamat tentang segala nikmat yang kamu dapat."
Kita
kebanyakannya gembira mendapat nikmat. Ada yang puas, yang tersenyum,
yang ketawa, yang gembira, yang melompat dan berbagai gaya dan aksi
lagi. Tetapi baginda saw menangis ketika mendapat nikmat. Setelah
baginda makan kambing panggang dan susu kambing bersama sahabat, baginda
menangis sehingga basa lantai. Apabila ditanya, baginda menjawab :
" Ini adalah daripada nikmat yang ditanya tentangnya."
Nabi
orang yang paling bersyur terhadap nikmat tuhan menangis kerana takut
tidak mensyukuri nikmat Allah. bagaimana dengan kita yng banyak kufur
dengan nikmatnya....lagi banyak nikmat lagi bnyak soalan yang akan kita
terima pada masa kita dihisab kelak. sebab itu orang2 miskin yang baik
lebih dahulu masuk syurga dari orang-orang kaya ahli syurga. Nabi saw
bersabda:
" Orang-orang fakir beriman masuk syurga lima ratus tahun lebih dahulu dari orang-orang kaya beriman."
Hadis riwayat Tirmizi.
Setiap
nikmat yang kita terima akan menuntut haknya pada hari kiamat kelak.
Dari mana kita ambil dan kemana kita gunakannya. Nabi saw bersabda:
" Anak adam pasti akan ditanya 4 perkara pada hari kiamat kelak
1. DItanya tentang umurnya bagaiman ia habiskan.
2. Ditanya tentang masa remajanya bagaimana dia menggunakannya.
3. Ditanya tentang hartanya , dari mana ia ambil dan ke mana dia gunakannya.
4 . Ditanya tentang ilmunya sejauh mana pengamalannya.
Hadis riwayat tirmizi.
Allah
menuntut hak kesyukuran dari segala nikmat yang diberikan kepada kita.
Apa hak kesyukuran? hak syukur adalah menggunakan segala nikmat Allah
untuk apa yang Allah perintahkan. Nikmat datang dari Allah, dengan cara
Allah kita kena gunakan. Setiap detik dan setiap nikmat yang kita terima
kita kena gunakannya untuk Allah dengan berpandukan al-Quran dan
Sunnah.
No comments:
Post a Comment