Kitab
Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertakwa.(Surah al Baqarah Ayat 2)
Dan
kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran)
kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu
surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang
kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu
orang-orang yang benar.(Surah Al Baqarah Ayat 23)
Patutkah
kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan
diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu
berakal? (Surah al Baqarah Ayat 44)
Katakanlah
(wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana
Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang
mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang
diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar
gembira kepada orang-orang yang beriman.(Surah Al Baqarah Ayat 97)
Dia
menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan
mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab
Taurat dan Injil.(Surah A-li' Imraan Ayat 3)
Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.(Surah An-Nisaa' Ayat 59)
Hari ini jumaat 17 Ramadhan Khutbah jumaat berkisar pada tajuk al-Qur'an dikebanyakan mesjid dan tempat kami malam ini diadakan tazkirah Ramadhan .
No comments:
Post a Comment