Thursday, August 5, 2010
Aktiviti malam jumaat
Balik dari surau rasa berat kepala lalu masuk tidur, terlena sat kemudian terjaga bila depa masuk bilik pas2 dok melengu depan komputer baca blog politik,rupanya ramai yang tak tidur masih dok menulis.Kami nie bila ada perkara yang agak runsing mulalah tak boleh tidur,suka berdebar debar dan fikiran pun mula fikir yang takut je.Mula kena dulu lagi lah susah sampai semua tak mau, tenguk tv tak mau, baca surat khabar pun tidak, pergi komplek beli belah pun tak mau, dok ingat nak mati je, sampai duit pun takut nak pegang tapi itu cerita lima enam tahun dulu tapi sekarang nampak boleh handle, tak berapa nak layan jika dia mai perasaan 2.Masa mula kena dulu takut sungguh sampai balik rumah pun takut, ingat nak duduk kat mesjid je dan ingat nak mati je kalau boleh nak duduk atas tikar sembahyang je.Kami biasa hantar anak pi sekolah pagi lepas satu dua jam pi ambil takut kalau mati siapa nak ambil dia dari sekolah nanti dan biasa hantar anak pi tuisen tak sempat habis tuisen pi ambil bawa balik.Dalam kepala dok fikir mati je sampai kerja buat sikit sikit je takut terlepas waktu berjemaah,malam dok pi cari kuliah dimesjid mesjid balik dari kuliah baca al'quran, tengah mlm sembahyang dan berdoa minta disembuhkan penyakit ini, sampai arini kami pun tak tau penyakit apa nie dan dia hilang dengan sendiri dan kami risau jika dia datang lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment